Sunday 24 July 2016

Surah AlBaqarah (192~193)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 192:
Ringkasan tafsir;
Kemudian turun ayat ini bersambung dari ayat 2.2.191 diatas, jika mereka berhenti dan tidak mengadakan perlawanan peperangan  dan tidak kufur malahan menyerah diri masuk Islam, sesungguhnya Allah akan mengampun dosa mereka yang lalu, kerana Allah maha penyayang kepada hamba Nya kerana tidak menyegerakan seksa keatas mereka sehinggalah mereka bertaubat.
.
,
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 193:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat 2.2.190 diatas, bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang, oleh itu perangilah orang Musyrik sehinggalah tidak ada lagi fitnah bagi maksud tidak lagi penyekutukan Allah, kecuali mereka mengaku terima Agama Islam dan menyembah Allah semata-mata. 

Apabila kaum Musyrik telah berikrar kepada Islam maka tidaklah boleh menganiaya mereka. .

.
[Previous] [Next]

.
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  191~200,
[GS] https://sites.google.com/site/sosilawati/2-1/1
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/109210222188075534567/posts/iSYpPeQdjYH





.